Sabtu, 12 Januari 2019

Kepada semua Warga Katholik yg dikasihi:

Etika bukan hanya semasa Mesyuarat rasmi. Misa Kudus juga ada etikanya tersendiri yg sering dilupai dan tidak dititikberatkan oleh umat.

20 Perkara perlu diingati semasa Misa Kudus:

1. Seseorang perlu berpuasa sekurang2nya sejam sebelum menerima Tubuh Kristus. Mereka yg sakit dikecualikan.

2. Jangan sediakan bekalan makanan utk anak2. Misa Kudus bukan acara piknik. Kecuali susu utk bayi, air minum utk Paderi dan ahli koir atau yg sakit.

3. Jgn mengigit kuku, ia mencerminkan kerisauan. Jgn menggoncangkan kaki, ia menunjukkan kegusaran. Jgn menguis rerambut, ia menggangu penumpuan. Anda mungkin tidak diajar ini semasa kecil, iaitu salah jika mengamati keatas orang lain atau objek lain dimana sepatutnya anda memfokus sepenuhnya terhadap Tuhan sahaja.

4. Jangan sesekali mengunyah gula getah dlm Gereja. Ia membatalkan puasa anda.

5. Buat tanda salib dgn air berkat setiap kali memasuki Gereja. Ini mengingati akan Pembaptisan kita yg membuatkan kita ahli Gereja Kristus.

6. Berpakaianlah dgn sopan,  misa bukan tempat berfesyen. Misa Krismas dan Paskah  bukan waktu memperaga fesyen2 terkini. Berpakaianlah dgn cara org lain akan bersaksi ttg keperibadian Iman anda bukan dgn tujuan utk mengoda. Jgn dtg ke Gereja hanya utk melihat siapa umat yg menggayakan pakaian yg cantik dan seksi.

7. Datanglah lebih awal dan pilih tpt duduk yg sehampir dgn altar. Jgn masuk Gereja semasa Misa sudah dipertengahan. Jgn berlegar-legar diluar Gereja hanya utk menunjukkan yg anda dtg ke Gereja.

8. Telefon mobile sama sekali tidak boleh digunakan semasa Misa Kudus samaada utk memeriksa pesanan ringkas, menghantar pesanan atau menghubungi seseorg. Pasang telefon mobile kpd mod senyap. Tiada panggilan yg sangat penting selain dari Misa Kudus.

9. Remaja harus menawarkan tempat duduk mereka kepada org2 tua, mengandung & yg sakit.

10. Kita mesti berlutut dgn hormat setiap kali masuk & keluar dari bangku tempat duduk dlm Gereja & dihadapan Tabernacle. Kristus hadir diantara kita & tunjukan kita hormat Dia sebagai Tuhan. Berlutut hormat dgn lutut kanan menyentuh lantai. Jika tidak boleh berlutut disebabkan sakit, menunduk kepala sudah memadai. Semasa Misa selalulah tunduk hormat depan altar.

11. Duduklah dengan senyap dlm Gereja. Jangan bercakap atau memberi komen keatas pakaian orang. Kita bukan hadir ke Gereja utk beri komen kepada pakaian, perhiasan dan gaya org lain.

12. Bawa bersama kanak2 yg bising duduk di barisan belakang. Kadang2 bayi boleh merengek & ibubapa boleh terus membawa kanak2 atau bayi keluar dgn cepat dari baris belakang . Jgn berjenaka dgn kanak2 atau bayi sebab ini boleh menggangu umat lain. Larang kanak2 bermain dgn buku lagu rohani atau risalah Gereja.

13. Sediakan persembahan anda sebelum Misa Kudus. Kristus mengajar kita supaya jgn sampai tangan kiri mengetahui apa tangan kanan persembahkan kpd Tuhan. Jangan mencari duit baki dlm kantung persembahan.

14. Jangan tidur, mengelamun, membaca bulletin atau membaca doa rosari semasa Misa berjalan. Hayati sungguh2 Sabda Tuhan.

15. Hormati upacara penyembahan. Berdiri semasa bacaan Injil. Berlutut semasa konsekrasi berjalan.

16. Tunduk hormat semasa menerima penyambutan Tubuh Kristus. Anda sedang berhadapan dgn Tuhan.

17. Katakan Amen & tunduk selepas penyambutan Hosti Tubuh Kristus. Jgn bermain Hosti dgn lidah anda, jgn mengigit & jgn jatuhkan.

18. Jgn balik awal sebelum upacara penutupan Misa Kudus diberkati & lagu penutupan dinyanyikan. INGAT....siapa yg beredar lebih awal semasa Perjamuan Terakhir? (Judas).

19. Berdoa selepas Misa Kudus. Berterima kasih kpd Tuhan diatas pemberkatanNya.

20. Keluar dari Gereja dgn sopan, hormat & senyap. Digalakkan berjumpa dgn Father diluar Gereja.

Jgn sebut 'Terima Kasih Tuhan Misa Kudus sudah tamat'. Ia menunjukkan yg anda tidak rela hati hadir ke Gereja.

Kita mungkin ada banyak kelemahan semasa menghadiri Misa Kudus tapi usaha utk mempelajari & membaiki diri.

Kongsi info ini betapa penting utk berkelakuan yg sepatutnya semasa menghadiri Misa Kudus d Gereja 🙏

Salam Damai Kristus

Tidak ada komentar:

Posting Komentar